Hati..
Bahagian paling sukar difahami.
Bila bibir mngukir senyum, belum tentu dia bahagia.
Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita.
Hatinya.
Hati itu sukar difahami bahasanya.
Kadang menghegeh mencari ruang.
Menebar rasa yang lama terpendam.
Mencari ruang untuk menyembuh.
Dek luka semalam.
Belum sembuh,
barangkali.
“Dalam hidup, ada masa engkau perlu
berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin
mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You
wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head
up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya.”
Ketahui-lah.
Tiap perasaan yang kita ada, Allah yang ciptakan.
Maka,
tika mana engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia.
Puas.
Kau akan puas.
Kerana atas atas izinNya perasaan ini ter-lahir dan hilang.
Sungguh, Dia pasti menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka.
Bisik sama hati,
“Tuhan, aku tahu semua ini tidak sia-sia”.
Satu benda kau kena faham.
Satu benda.
Kita ini,
bukan kuat mana.
Bukan tabah mana.
Bukan cekal mana.
Tegar, tabah, cekal, kuat itu Allah yang bagi.
Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu,
nak bukak mata pun kau tak larat.
Ingat Tuhan.
Cari Tuhan.
Ramai orang tidak terkesan di hatinya dengan mujahadah. Tetapi terkesan dengan musibah.
Kata-kata itu adalah daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
Salah seorang ustaz yang kata-katanya
acap kali menikam pedih hati saya. Suka mendengar bicara tazkirahnya
yang sedikit sebanyak mengalir di hati dan jiwa saya.
Bagaikan dinginnya air sungai di pagi hari, menyirami hati yang kelam dan usang. Membawa saya bermujahadah dan muhasabah diri.
Alhamdulillah. Semoga Allah redha dan memudahkan laluan kita semua pada jalan kebaikan.
Ya. Kadang-kadang bila pergi usrah,
hadiri ceramah agama dan pelbagai majlis ilmu, kesannya tidak begitu
kuat mengetuk pintu keinsafan dalam diri.
Umpama tangan mengetuk pintu, terlalu perlahan.
Maka rasa kesedaran itu tidak dalam jangka panjang. Menganggap majlis-majlis usrah hanya sebagai aktiviti keagaaman.
Apabila ditimpa musibah, kesannya lebih mendalam.
Menikam sehingga ke ulu hati. Tusukan yang lebih dalam dan luka yang berganda sakitnya.
Musibah itu selalunya membawa kita
kepada dua jalan.
Sememangnya kehidupan ini hanya ada dua jalan sahaja.
Jalan kebaikan dan jalan yang serong.
Musibah yang kita anggap ketidakadilan, tentu akan membawa kita pada jalan yang serong.
Musibah itu seolah pintu yang ditendang dengan kuatnya.
Bukan sahaja terbuka pintu, tetapi terus
tercabut dan terbalik. Musibah yang membuatkan diri tersungkur. Berasa
hilang dan kosong semuanya.
Tiada dahan untuk berpaut saat kita benar-benar memerlukan pergantungan.
Lalu siapa yang boleh membantu kita pada tika itu?
Mengadulah pada emak dan ayah.
Luahkan kepada sahabat.
Tetapi rasa terluka itu hanya sembuh
dalam masa yang sekejap. Bila sendirian, kesakitan itu kembali melilit
diri.
Air mata berderai dengan lajunya.
“Ya Allah, kasihanilah aku. Bantulah aku. Beri aku kekuatan, Tuhan.”
Itulah yang benar-benar luahan pertolongan kita.
Penuh ikhlas.
Luhur.
Benar-benar sepenuh pengharapan.
Keyakinan kita hanya kepada DIA.
Lalu berzikirlah kita.
Menyebut semua
ayat-ayatNYA.
Dengan satu harapan, hati yang terluka pedihnya dapat
dipulihkan.
Perasaan yang serabut akan tenang.
Semoga kesakitan yang dihadapi ini
berlalu pergi.
Demi sebuah tenang dan damai, kita sanggup bangun pada
hening awal pagi.
Berwuduk dan tunaikan solat sunat.
Demi membeli tenang dan damai daripada Pencipta.
Hanya DIA yang boleh membantu kita.
Hanya DIA.