Khamis, 8 Mei 2014

Kau Kembali Semula. Mengapa?

Sahabat.....

Setapak yang kurasakan sepi tanpa suara-suaramu..
 
Bunyi merpati yang berkicauan itu bagai membawa gemersik suaramu..
 
Namun..
 
Aku tetap sedar yang kau tidak pernah berada di sisi.
 
Hanya aku yang bermain dengan ilusi sendiri..
 
Justeru, 
 
aku datang dengan wajah seorang kawan
 
Tidak minta di benci dan tidak minta dibenci.
 
Aku yang memulakan salam pertemuan,
 
Selayaknya aku juga yang melafazkan salam perpisahan.
 
Ingatkah, sewaktu kita bersahabat dahulu? 
 
Waktu itu kita yakin bahawa persahabat ini akan sentiasa utuh dan kukuh?

Namun kini.

Setelah sekian lama kita berpisah.
Kau hadir kembali.
Mengapa sahabat?

Sahabat.
Luka yang lama sedang cuba untuk aku ubati.
Namun kau hadir kembali?
Adakah kau ingin menyakiti hatiku lagi?

Sudah lah sahabat.
Pergi lah.
Jangan pernah hadir dalam hidupku lagi.

Aku dah penat.
Penat dengan penipuan.
Penat dengan hinaan.

Tolong.

Aku ingin menyendiri.
Aku ingin menyepi

Dan kau,

Jangan pernah ganggu aku lagi.
Jangan pernah hadir dalam sisi ku lagi.

Jumaat, 2 Mei 2014

Musibah itu Sebenarnya Allah Turunkan Untuk Mendidik Hati Kita

musibah



Hati..

Bahagian paling sukar difahami.
Bila bibir mngukir senyum, belum tentu dia bahagia.
Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita.

Hatinya.

Hati itu sukar difahami bahasanya.
Kadang menghegeh mencari ruang.
Menebar rasa yang lama terpendam.
Mencari ruang untuk menyembuh.
Dek luka semalam.

Belum sembuh,
barangkali.




“Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya.”


Ketahui-lah.
Tiap perasaan yang kita ada, Allah yang ciptakan.

Maka,
tika mana engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia.

Puas.
Kau akan puas.
Kerana atas atas izinNya perasaan ini ter-lahir dan hilang.
Sungguh, Dia pasti menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka.
Bisik sama hati,

“Tuhan, aku tahu semua ini tidak sia-sia”.

Satu benda kau kena faham.
Satu benda.

Kita ini,

bukan kuat mana.
Bukan tabah mana.
Bukan cekal mana.

Tegar, tabah, cekal, kuat itu Allah yang bagi.
Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu,
nak bukak mata pun kau tak larat.

Ingat Tuhan.
Cari Tuhan.






Ramai orang tidak terkesan di hatinya dengan mujahadah. Tetapi terkesan dengan musibah.
Kata-kata itu adalah daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi.

Salah seorang ustaz yang kata-katanya acap kali menikam pedih hati saya. Suka mendengar bicara tazkirahnya yang sedikit sebanyak mengalir di hati dan jiwa saya.

Bagaikan dinginnya air sungai di pagi hari, menyirami hati yang kelam dan usang. Membawa saya bermujahadah dan muhasabah diri.

Alhamdulillah. Semoga Allah redha dan memudahkan laluan kita semua pada jalan kebaikan.

Ya. Kadang-kadang bila pergi usrah, hadiri ceramah agama dan pelbagai majlis ilmu, kesannya tidak begitu kuat mengetuk pintu keinsafan dalam diri.

Umpama tangan mengetuk pintu, terlalu perlahan.

Maka rasa kesedaran itu tidak dalam jangka panjang. Menganggap majlis-majlis usrah hanya sebagai aktiviti keagaaman.

Apabila ditimpa musibah, kesannya lebih mendalam.

Menikam sehingga ke ulu hati. Tusukan yang lebih dalam dan luka yang berganda sakitnya.
 Musibah itu selalunya membawa kita kepada dua jalan. 

Sememangnya kehidupan ini hanya ada dua jalan sahaja. Jalan kebaikan dan jalan yang serong.

Musibah yang kita anggap ketidakadilan, tentu akan membawa kita pada jalan yang serong.
Berpaling daripada jalan agama. Maka teruslah tersesat tanpa memikirkan bahawa ujian adalah lambang kasih sayang Pencipta kepada hamba.

Musibah itu seolah pintu yang ditendang dengan kuatnya.

Bukan sahaja terbuka pintu, tetapi terus tercabut dan terbalik. Musibah yang membuatkan diri tersungkur. Berasa hilang dan kosong semuanya.
Tiada dahan untuk berpaut saat kita benar-benar memerlukan pergantungan.

Lalu siapa yang boleh membantu kita pada tika itu?

Mengadulah pada emak dan ayah.
Luahkan kepada sahabat.
Tetapi rasa terluka itu hanya sembuh dalam masa yang sekejap. Bila sendirian, kesakitan itu kembali melilit diri. 

Air mata berderai dengan lajunya.
          
“Ya Allah, kasihanilah aku. Bantulah aku. Beri aku kekuatan, Tuhan.”

Itulah yang benar-benar luahan pertolongan kita.

Penuh ikhlas. 
Luhur. 
Benar-benar sepenuh pengharapan. 

Keyakinan kita hanya kepada DIA.

Lalu berzikirlah kita. 

Menyebut semua ayat-ayatNYA. 

Dengan satu harapan, hati yang terluka pedihnya dapat dipulihkan. 

Perasaan yang serabut akan tenang.

Semoga kesakitan yang dihadapi ini berlalu pergi. 

Demi sebuah tenang dan damai, kita sanggup bangun pada hening awal pagi. 

Berwuduk dan tunaikan solat sunat.

Demi membeli tenang dan damai daripada Pencipta. 
Hanya DIA yang boleh membantu kita.

Hanya DIA.

Rabu, 30 April 2014

Kawan Atau Lawan?








Sakit.. yang amat!


Melakukan sesuatu dalam diam. Tanpa kita tahu?!

Itu lah yang dirasakan apabila kita ‘terkena’ dengan rakan karib sendiri, yang mungkin telah dianggap sebagai adik- beradik sendiri. Memang sesuatu yang normal bagi seorang manusia untuk berasa sakit hati.

Itu fitrah untuk merasakan gembira atau sedih. Apatah lagi kita diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang bersosial yang mustahil untuk lepas dari kekhilafan.

Mungkin, jika hati ini sakit pada mereka yang tidak rapat dengan kita, kita tidak ambik pusing sangat. Siapa mereka bagi kita kan?

Tapi bila “terkena” dengan sahabat yang dianggap baik dengan kita selama ini, Memang sakit. Sakit tanpa luka.

Mungkin kita tak dapat tersenyum, sekalipun untuk menutup perasaan ini daripada dibaca orang lain, walaupun pada hakikatnya kita tidak mahu orang lain mengetahui kesedihan yang menimpa kita.

kawan baik


Hati ini memang suatu organ yang sensitif, super sensitif, sebab hanya dengan kata-kata pun boleh menyebabkan ia luka.

Kalu difikir-fikirkan balik, memang haruslah Islam melarang anak berkata walaupun “Uh!” kepada ibu kita, sebab dia pernah jadi kawan baik kita selama 9 bulan. Makan, kerja dan tidur bersama.

Mungkin benda itu nampak simple bagi kita, tapi bagi mereka yang benar-benar sayang kepada kita, perkataan itu sangat menyakitkan. Begitu la juga bagi sahabat baik.

Mungkin selama ini kita pernah terasa dan sakit hati, tetapi masih mampu cover disebalik senyuman.

Tapi sampai pada satu tahap, kita tidak dapat menerima perbuatan atau perkataan dia.

Kutuk mengutuk itu perkara biasa la. Tapi perkara yang lebih serius daripada itu, maybe rase nak terajang atau cincang2 aje.

Sabar, sabar dan sabar..

Tak perlu la kita membenci dia, tak perlu balas dendam.  Anggap sahaja ini suatu ujian.

Apa pun perkataan dia kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.

Pesan dan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya: “Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.

Memaafkan.


Dia pernah menjadi sahabat baik kita, pasti terselit kebaikan yang pernah dilakukan kepada kita. Oleh itu maafkanlah dengan ikhlas dan dada yang lapang.

Ya, dengan ikhlas.

Kenapa?


Kerana orang yang ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.

Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah.

Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.


 memang sukar membiarkan kawan membimbing kita bila hati kita disakiti.

 Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf dengan keikhlasan.

Nescaya kita akan bahagia :)